ARTIKEL


HADITH YANG DISALAH TAFSIR

Tafsiran hadith secara jahil hari ini oleh penceramah2 agama dan motivasi semakin menjadi2.....

       Dr. Yusof al-Qaradhawi di dalam kitabnya Kaifa Nata’mal ma’a al-Sunnah al-Nabawiyahjuga telah menjelaskan bahawa terdapat 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia terselamat dari penyelewengan dan tafsiran secara jahil tentang hadith:

1- Memastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para ulamak hadith.

2- Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.

3- Memastikan sesebuah hadith itu tidak bercanggah dengan nas/dalil yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.
(Al-Qaradhawi, Kaifa Nata ‘amul ma’a al-Sunnah, cet. 2, 1996, hal 33-34).

UST. REEJAL ARIFFIN





MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


      Matlamat tidak menghalalkan cara. kita nak memperjuangkan agama Allah dengan pena, dan dengan lisan, metodologinya kena betul. jangan sebab nak cetuskan minat orang, nak kontroversi, kita pakai akal dan tinggalkan dalil dalam menyampaikan cetusan idea kita.
di bawah, saya bawakan beberapa dalil dan kalam ulama' tentang bahaya bermain akal dalam bercakap tentang agama.
Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadapa apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (An-Nahl 116)
RasuluLlah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari hamba-hambaNya sekaligus, tetapi Dia akan mencabut ilmu dengan mematikan para ulama’. Sehingga ketika Allah tidak meninggalkan walau seorang yang berilmu, maka orang2 pun mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Lalu para pemimpin itu ditanya, kemudian mereka berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain. (Bukhari no:100, Muslim, dan lainnya)
hadith ini menunjukkan bahwa barangsiapa tidak berilmu dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan tanpa ilmu, dan mengqias (membandingkan) dengan akalnya, sehingga mengharamkan apa yang Allah halalkan dengan kebodohan, dan menghalalkan apa yang Allah haramkan dengan tanpa dia ketahui, maka inilah orang yang mengqias dengan akalnya, sehingga dia sesat dan menyesatkan.
(Shahih Jami’il Ilmi Wa Fadhlihi, hal: 415, karya Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, diringkas oleh Syeikh Abul Asybal Az-Zuhairi)
ilmu dalam islam adalah Quran dan hadith dan pemahaman para sahabat. akal2an, qiyas, pemerhatian dan andaian peribadi adalah hawa nafsu.
Imam Muhammad ibn Idris Rhm merupakan antara tokoh yang paling keras menentang ilmu kalam dan para ahlinya sebagaimana ungkapan beliau yang berkata:
وما شيءٌ أبغض إليّ من الكلام و أهله.
Maksudnya:
Tiada yang lebih aku benci daripada ilmu kalam dan ahlinya. [Siyar ‘Alam al-Nubala’ 10/19]
لَئِنْ يَلْقَى اللهَ الْعَبْدُ بِكُلِّ ذَنْبٍ مَا عَدَا لشِّرْكَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ يَلْقَاهُ بِعِلْمِ الْكَلَامِ.
Maksudnya:
Sekiranya seorang hamba bertemu Allah (meninggal) dengan membawa semua dosa selain dosa syirik, hal itu lebih aku sukai daripada dia mati dengan membawa ilmu kalam. [al-Bidayah wa al-Nihayah 10/308]
لو علم الناس ما في الكلام من الأهواء لفروا منه كما يفرون من الأسد.
Maksudnya:
Kalaulah manusia tahu hawa nafsu yang ada dalam ilmu kalam, nescaya mereka akan lari daripada seperti mereka lari daripada singa. [Siyar ‘Alam al-Nubala’ 10/16]
حكمي في أهل الكلام أن يضربوا بالجريد، ويحملوا على الإبل، ويطاف بهم في العشائر ينادى عليهم: هذا جزاء من ترك الكتاب و السنة، وأقبل غلى الكلام.
Maksudnya:
Hukumanku terhadap Ahli Kalam (al-Mutakallimun) ialah hendaklah dipukul dengan pelepah kurma, dinaikkan ke atas unta dan dibawa mengelilingi orang ramai sambil melaungkan. Kemudian, dikatakan: Inilah balasan orang yang meninggalkan al-Kitab dan as-Sunnah lalu menghadap ke arah ilmu kalam. [Siyar A‘lam al-Nubala’ 10/29]
perhatikan di sini, bahawa perkara berkait agama dan ketaatan, selok beloknya, tatacaranya, halal haramnya, suruhan, anjuran, tegahan dan larangan, semuanya mesti berdasarkan kepada wahyu, dan bukan akal.
maka seeloknya, menerangkan tentangnya juga perlu dengan dalil, dan bukan akal. terus terang aku katakan, aku tak berani mengambil ilmu atas mereka yang hanya mendasarkan pandangan mereka atas qiyas dan andaian, dan bukan nas dan pendalilan. ini satu yang merbahaya, dan tak patut dibuat oleh seorang yang so-called ' memperjuangkan sunnah'. kerana Islam itu adalah Quran, Hadith, dan kefahaman para sahabat atas 2 dalil agung ini. selain darinya adalah hawa nafsu, seperti yg dikatakan oleh Ibn Taymiyyah.
maka berhati2 bila berkata2 tentang agama. kita mmg berniat baik, tapi niat sahaja, tak disertai dengan jalan yang benar, maka kita akan terpesong, dan di situlah Iblis akan menyelimuti kita dengan talbisnya yang amat licik.
sekadar berpesan, kalau ada manfaatnya sila sebarkan, wahai ikhwatul imaan.
- PU Sheen yang agak concerned dengan penulisan sesetengah orang...

1 comments: